ENAKMEN 6 TAHUN 1985
ENAKMEN PENTADBIRAN MAHKAMAH SYARIAH 1985

BAHAGIAN V - AM



Seksyen 36. Kecualian kaedah-kaedah dan perlantikan.

Semua kaedah, perintah, hukuman, rayuan, notis, sijil, borang dan lain-lain perkara yang telah dikeluarkan atau dibuat di bawah atau menurut mana-mana Enakmen yang dimansuhkan oleh Enakmen ini hendaklah terus berkuatkuasa setakat mana ianya tidak berlawanan dengan atau tidak digantikan oleh peruntukan-peruntukan Enakmen ini, sehingga dibatalkan atau digantikan oleh kaedah-kaedah, perintah, hukuman, rayuan, notis, sijil, borang dan lain-lain perkara yang dikeluarkan atau dibuat di bawah peruntukan-peruntukan Enakmen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.