Bil | Jenis cedera
| Jumlah irsy | Tempoh penjara |
1. | Syajjah qasyirah (cedera yang tidak mendedahkan tulang)
| Sebanyak mana yang ditentukan oleh Mahkamah | Tidak melebihi dua tahun. |
2. | Syajjah mudhihah (cedera yang mendedahkan tulang tetapi tidak ada patah)
| 1/20 diyat | Tidak melebihi lima tahun |
3. | Syajjah hashimah (cedera yang melibatkan patah tetapi tidak tergelincah sendi)
| 1/10 diyat | Tidak melebihi lima tahun. |
4. | Syajjah munaqqilah (cedera yang melibatkan patah dan tergelincah sendi)
| 3/20 diyat | Tidak melebihi sepuluh tahun. |
5. | Syajjah ma'mumah (cedera yang melibatkan pecah tempurung kepala tetapi lukanya hanyalah menyentuh kulit otak sahaja dengan tidak mencarikkannya)
| 3/10 diyat | Tidak melebihi sepuluh tahun. |
6. | Syajjah damighah (cedera yang melibatkan pecah tempurung kepala dan lukanya mencarikkan kulit otak) | ½ diyat | Tidak melebihi empat belas tahun. |