ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN VII - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXIII - DARIHAL JAMINAN



Seksyen 187. Penjamin-penjamin boleh memohon supaya bon dilepaskan.

(1) Semua atau mana-mana penjamin bagi kehadiran seseorang yang dilepaskan atas jaminan boleh pada bila-bila masa memohon kepada Hakim supaya melepaskan bon itu sama ada keseluruhannya atau setakat yang berhubungan dengan pemohon-pemohon itu.

(2) Apabila permohonan sedemikian dibuat, Hakim hendaklah mengeluarkan waran tangkap mengarahkan supaya orang yang dilepaskan itu dibawa ke hadapannya.

(3) Apabila orang itu hadir menurut waran atau dia menyerah diri, Hakim hendaklah mengarahkan supaya bon itu dilepaskan sama ada keseluruhannya atau setakat yang berhubungan dengan pemohon itu, dan hendaklah mengarahkan orang tersebut supaya mencari penjamin lain yang mencukupi, dan sekiranya dia gagal berbuat demikian, boleh menahannya di penjara.

(4) Seseorang penjamin boleh, pada bila-bila masa menangkap orang yang dijaminnya dan dengan serta-merta membawanya ke hadapan Hakim, yang hendaklah melepaskan bon penjamin itu dan mengarahkan orang yang dijamin itu supaya mencari penjamin lain yang mencukupi, dan sekiranya dia gagal berbuat demikian, hendaklah menahannya di penjara.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.