ENAKMEN 13 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1992
BAHAGIAN III - KEWANGAN
AMANAH KHAIRAT
Seksyen 54. Perbelanjaan Majlis.
(1) Kumpulan Wang boleh digunakan untuk membuat bayaran bagi-
(a) Semua kos, caj dan perbelanjaan mentadbir harta dan aset-aset yang terletakhak kepada Majlis;
(b) perbelanjaan-perbelanjaan, bayaran-bayaran atau elaun-elaun ahli-ahli Majlis;
(c) gaji, bayaran-bayaran atau saraan pegawai-pegawai, ejen-ejen dan pekerja-pekerja Majlis;
(d) wang yang dikehendaki bagi membayar balik pinjaman; dan
(e) perbelanjaan-perbelanjaan am lain yang dibenarkan di bawah Enakmen ini dalam menjalankan tugas-tugas Majlis termasuk perbelanjaan-perbelanjaan yang Majlis mensifatkan sebagai perlu dalam menyempurnakan tanggungjawabnya
.
(2) Semua kos, bayaran dan perbelanjaan mentadbir harta dan aset yang terletakhak kepada Majlis, termasuk kos penyelenggaran dan pembaikan mana-mana harta tak alih, gaji dan elaun semua pengkhidmat Majlis dan fee dan elaun yang kena dibayar kepada mana-mana pegawai atau ahli Majlis berkenaan dengan perkhidmatannya, hendaklah dibayar daripada harta dan aset Kumpulan Wang
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.