ENAKMEN 6 TAHUN 2004
ENAKMEN KELUARGA ISLAM (PERAK) 2004
BAHAGIAN VII - PENJAGAAN
Hadhanah atau Penjagaan Kanak-Kanak
Seksyen 85. Lamanya penjagaan
(1) Hak
hadinah
bagi menjaga seseorang kanak-kanak tamat apabila kanak-kanak itu mencapai umur tujuh tahun, jika kanak-kanak itu lelaki, dan umur sembilan tahun, jika kanak-kanak itu perempuan, tetapi Mahkamah boleh, atas permohonan
hadinah
, membenarkan dia menjaga kanak-kanak itu sehingga kanak-kanak itu mencapai umur sembilan tahun, jika kanak-kanak itu lelaki, dan umur sebelas tahun jika kanak-kanak itu perempuan.
(2) Setelah tamatnya hak
hadinah
, penjagaan adalah turun kepada bapa, dan jika kanak-kanak itu telah mencapai umur kecerdikan
(mumaiyiz)
, maka kanak-kanak itu adalah berhak memlih untuk tinggal sama ada dengan ibu atau bapanya, melainkan jika Mahkamah memerintahkan selainnya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.