ENAKMEN 2 TAHUN 1984
ENAKMEN ATURCARA MAL ISLAM 1979

BAHAGIAN XXI - SAMAN SI BERHUTANG HUKUMAN, WARAN TANGKAP DAN SEBAGAINYA



Seksyen 169. Tangkapan si berhutang hukuman.

(1) Permohonan untuk perintah tangkap di bawah Bahagian ini hendaklah dibuat dalam kamar dan boleh dibuat secara ex-parte kecuali Mahkamah memerintah sebaliknya.

(2) Semua keterangan untuk menyokong mana-mana permohonan di bawah seksyen ini hendaklah melalui ikrar dan salinan-salinan ikrar itu hendaklah diserahkan kepada belif bersama dengan perintah tangkap dan hendaklah diserah kepada pihak kena tuntut bersama dengan perintah itu.

(3) Suatu perintah tangkap hendaklah seperti dalam borang yang ditetapkan tetapi tidak boleh dilaksanakan sehingga pihak menuntut telah membuat deposit dengan belif.

(4) Tiap-tiap perintah itu hendaklah dicatatkan dengan alamat penyampaian si piutang-hukuman untuk penyampaian.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.