ENAKMEN 12 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1994

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 8 - PEMERIKSAAN SAKSI



Seksyen 108. Mencabar kebolehpercayaan saksi.

Kebolehpercayaan seseorang saksi boleh dicabar dengan cara-cara yang berikut oleh pihak lawan atau, dengan persetujuan Mahkamah, oleh pihak yang memanggilnya-

Huraian - Seseorang saksi yang menyatakan seorang saksi lain sebagai tidak boleh dipercayai tidaklah boleh, dalam masa pemeriksaan utamanya memberikan sebab-sebab bagi kepercayaannya itu, akan tetapi dia boleh ditanya sebab-sebabnya dalam pemeriksaan-balas, dan jawapan-jawapan yang diberinya itu tidak boleh disangkal, sungguhpun sekiranya jawapan-jawapan itu palsu, dia boleh kemudiannya dipertuduhkan kerana memberi keterangan palsu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.