ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG

BAHAGIAN IX - PERKARA-PERKARA KEWANGAN



Seksyen 92. Wakaf dan nazar.

(1) Walau apa pun apa-apa peruntukan yang berlawanan yang terkandung di dalam mana-mana suratcara atau perisytiharan yang mewujudkan, mengawal atau menyentuh perkara itu, Majlis hendaklah menjadi pemegang amanah yang tunggal bagi kesemua wakaf sama ada wakaf am atau wakaf khas, bagi kesemua nazar am dan kesemua amanah daripada segala perihal yang mewujudkan apa-apa amanah khairat bagi menyokong dan memajukan agama Islam atau bagi faedah orang-orang Islam mengikut Hukum Syara', setakat mana-mana hartabenda yang tersentuh olehnya dan terletak di dalam negeri ini, dan jika pemberi harta itu atau orang lain yang mewujudkan amanah, wakaf atau nazar am itu berdomisil di dalam negeri ini, setakat semua hartabenda yang tersentuh olehnya di mana-mana jua harta itu terletak.

(2) Selepas sahaja berkuatkuasa Enakmen ini, seseorang Islam yang mati di dalam keadaan bahawa mengikut Hukum Syara' hartabendanya terletakhak atau menjadi terkena bayar kepada Baitulmal, hartabenda orang itu hendaklah terletakhak dan dibayar kepada Majlis dan hendaklah menjadi sebahagian daripada Baitulmal.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.