ENAKMEN 2 TAHUN 1989
ENAKMEN PENTADBIRAN PERUNDANGAN ISLAM 1989

BAHAGIAN VII - ORANG MEMELUK AGAMA ISLAM



Seksyen 75. Pengiktirafan Muallaf sebagai orang Islam.

(1) Seseorang yang pemelukannya ke Agama Islam telah pun didaftarkan dalam Daftar Muallaf hendaklah bagi semua maksud, termasuklah bagi maksud mana-mana undang-undang Persekutuan atau undang-undang Negeri dan untuk semua masa diperlakukan sebagai seorang Islam.

(2) Seseorang yang memeluk Agama Islam yang telah didaftarkan di bawah undang-undang mana-mana negeri hendaklah bagi semua maksud di Negeri Selangor dan bagi maksud menguatkuasakan peruntukan mana-mana undang-undang di Negeri Selangor diperlakukan sebagai seorang Islam.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.