ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN VI - PROSIDING KHAS
BAB XXI - PROSIDING DALAM KES-KES KESALAHAN TERTENTU YANG MENYENTUH PENTADBIRAN KEADILAN



Seksyen 173. Prosedur alternatif.

Jika Mahkamah, dalam mana-mana kes, berpendapat bahawa seseorang yang dituduh melakukan kesalahan yang disebut dalam seksyen 171 dan yang dilakukan dalam pandangan atau di hadapannya adalah lebih baik diperlakukan melalui proses biasa undang-undang, Mahkamah itu, selepas merekodkan fakta-fakta yang menjadikan kesalahan itu dan pernyataan tertuduh itu sebagaimana yang diperuntukkan sebelum daripada ini, boleh mengarahkan supaya tertuduh itu didakwa, dan boleh menghendaki jaminan diberi bagi kehadiran tertuduh itu di hadapan seorang Hakim Syarie atau, jika jaminan yang mencukupi tidak diberi, boleh menghantar tertuduh itu di bawah jagaan kepada Hakim Syarie yang lain untuk dibicarakan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.