ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXIII - PERUNTUKAN MENGENAI BON



Seksyen 195. Prosedur merampas bon.

(1) Jika -

bahawa bon tersebut sepatutnya dirampas, maka Mahkamah hendaklah merekodkan alasan pembuktian tersebut dan boleh memanggil mana-mana orang yang terikat dengan bon tersebut untuk membayar penalti itu atau menunjukkan sebab mengapa penalti itu tidak patut dibayar.

(2) Sekiranya sebab yang mencukupi tidak ditunjukkan dan penalti tidak dibayar, Mahkamah boleh mengambil tindakan untuk mendapatkan penalti itu dengan mengeluarkan waran untuk penahanan dan penjualan harta kepunyaan orang itu.

(3) Waran tersebut boleh dilaksanakan di mana-mana jua dalam Negeri Sabah dan waran itu hendaklah membenarkan penahanan harta dan penjualan mana-mana harta kepunyaan orang itu di dalam Negeri Sabah.

(4) Sekiranya penalti tersebut tidak dibayar, dan tidak boleh diperolehi oleh penahanan dan penjualan tersebut, orang yang terikat boleh diperintah oleh Mahkamah yang mengeluarkan waran itu dihukum penjara di penjara sivil untuk suatu tempoh tidak melebihi enam bulan.

(5) Mahkamah boleh, di atas budibicaranya, mengurangkan mana-mana bahagian penalti yang telah disebutkan dan menguatkuasakan pembayaran sebahagian sahaja.

(6) Tiada apapun di dalam seksyen ini boleh disifatkan sebagai menghalang penalti atau mana-mana bahagian tersebut atas mana-mana bon di bawah Enakmen ini dari diperolehi di bawah peruntukan undang-undang bersangkutan dengan prosedur mal yang berkuatkuasa pada masa ini.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.