ENAKMEN 4 TAHUN 1999
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1999

BAHAGIAN XVIII - PENGUATKUASAAN DAN PELAKSANAAN
BAB 2 PENGUATKUASAAN



Seksyen 150. Penguatkuasaan penghakiman bagi penghantarserahan harta alih.

(1) Tertakluk kepada Enakmen ini, suatu penghakiman atau perintah bagi penghantarserahan apa-apa harta alih yang tidak memberi orang yang terhadapnya penghakiman itu diberikan atau perintah itu dibuat pilihan membayar nilai tertaksir harta itu bolehlah dikuatkuasakan melalui satu atau lebih daripada satu cara yang berikut, iaitu-
(2) Tertakluk kepada Enakmen ini, suatu penghakiman atau perintah bagi penghantarserahan apa-apa harta alih atau pembayaran nilai tertaksir harta itu bolehlah dikuatkuasakan melalui satu atau lebih daripada satu cara yang berikut iaitu-
(3) Sesuatu perintah penghantarserahan khusus dan suatu perintah penghantarserahan untuk mendapatkan kembali apa-apa harta alih atau nilai tertaksir harta itu, boleh mengandungi peruntukan bagi menguatkuasakan pembayaran apa-apa wang yang dihakimkan atau diperintahkan oleh penghakiman atau perintah yang hendak dikuatkuasakan oleh perintah itu supaya dibayar.

(4) Sesuatu penghakiman atau perintah bagi pembayaran nilai tertaksir apa-apa harta alih bolehlah dikuatkuasakan melalui cara yang sama seperti mana-mana penghakiman atau perintah lain bagi pembayaran wang.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.