ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXV - PEMINDAHAN KES-KES JENAYAH



Seksyen 200. Permohonan untuk pemindahan mesti disokong oleh afidavit.

(1) Setiap permohonan untuk menjalankan kuasa seperti yang dinyatakan oleh seksyen 199 hendaklah dibuat dengan usul yang disokong dengan afidavit.

(2) Setiap permohonan hendaklah dibuat sebelum perbicaraan terhadap kesalahan itu tamat.

(3) Setiap orang yang dituduh yang membuat permohonan itu hendaklah memberi kepada Pendakwa Syarie notis mengenai permohonan secara bertulis, bersama-sama dengan salinan mengenai alasan atas mana ianya dibuat dan perintah tidak akan dibuat atas merit permohonan itu melainkan sekurang-kurangnya dua puluh empat jam telah berlalu antara pemberian notis dengan pendengaran permohonan itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.