ENAKMEN 13 TAHUN 1993
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1993

BAHAGIAN II - MENGENAI BUKTI
BAB 4 - KETERANGAN LISAN



Seksyen 47. Keterangan lisan mestilah secara langsung.

(1) Keterangan lisan hendaklah dalam segala hal apa jua pun diberi secara langsung, iaitu-
(2) Pendapat-pendapat pakar yang dinyatakan di dalam suatu treatis yang biasanya ditawarkan untuk jualan dan alasan-alasan yang padanya pendapat itu berasaskan bolehlah dibuktikan dengan mengemukakan treatis itu jika pengarangnya telah mati atau tidak boleh dijumpai atau telah menjadi tak berupaya memberi keterangan atau tidak boleh dipanggil sebagai saksi dengan tidak menyebabkan kelengahan atau perbelanjaan yang difikirkan tak berpatutan oleh Mahkamah.

(3) Jika keterangan lisan mengenai kewujudan atau mengenai keadaan sesuatu benda lain daripada dokumen, maka Mahkamah boleh, jika difikirkan patut, menghendaki benda itu dikemukakan untuk pemeriksaannya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.