ENAKMEN 3 TAHUN 1989
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1988

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
Bab IX - DARIHAL PERTUDUHAN



Seksyen 88. Tiga kesalahan yang sama jenisnya dalam tempoh dua belas bulan boleh dituduh bersama-sama.

(1) Apabila seseorang itu dituduh melakukan kesalahan-kesalahan yang sama jenisnya dalam tempoh dua belas bulan daripada tarikh kesalahan pertama dilakukan, sama ada terhadap orang yang sama atau tidak, maka dia bolehlah dipertuduhkan dan dibicarakan bersama dalam satu pembicaraan bagi beberapa pertuduhan tidak lebih daripada tiga pertuduhan.

(2) Kesalahan-kesalahan adalah disifatkan sama jenisnya apabila kesalahan itu dihukum di bawah seksyen yang sama dalam Enakmen atau dalam mana-mana undang-undang lain yang berkuatkuasa pada masa ini.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.