ENAKMEN 15 TAHUN 1992
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1992

BAHAGIAN V - PEMBUBARAN PERKAHWINAN



Seksyen 50. Perceraian di bawah ta'liq atau janji.

(1) Seseorang perempuan yang bersuami boleh, jika berhak mendapat perceraian menurut syarat-syarat surat perakuan ta'laq yang dibuat selepas berkahwin, memohon kepada Mahkamah untuk menetapkan bahawa perceraian yang sedemikian telah berlaku.

(2) Mahkamah hendaklah memeriksa dan membuat penyiasatan kepada kesalahan perceraian itu dan boleh, jika berpuas hati bahawa perceraian itu sah di sisi Hukum Syarak, mengesah dan merekod perceraian itu dan mengirim satu salinan diperakui rekod itu kepada Pendaftar tertentu dan kepada Ketua Pendaftar untuk pendaftaran.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.