ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB XIV - DARIHAL HUKUMAN DAN PENJALANANNYA



Seksyen 123. Bila melaksanakan hukuman sebat.

(1) Apabila tertuduh itu dihukurn penjara dan sebat, pelaksanaan hukuman sebat itu tidaklah boleh dikenakan jika suatu rayuan dibuat sehingga hukuman itu disahkan oleh Mahkamah rayuan yang berkenaan.

(2) Sebatan itu hendaklah dikenakan dengan seberapa segera yang praktik selepas habis tempoh empat belas hari, atau dalam hal sesuatu rayuan dengan seberapa segera yang praktik selepas penerimaan perintah Mahkamah rayuan yang berkenaan yang mengesahkan hukuman itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.