ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN VII - PERKARA WANG
Kira-kira



Seksyen 118. Perbelanjaan-perbelanjaan Majlis.


Segala kos, tuntutan-tuntutan dan perbelanjaan-perbelanjaan mentadbir harta-harta benda yang telah terletak hak kepada Majlis, termasuk kos menjaga dan membaiki mana-mana harta takalih, membeli harta-harta alih dan takalih, gaji-gaji dan elaun-elaun bagi orang-orang yang berkhidmat kepada Majlis boleh dibayar daripada Kumpulanwang Khairat Am.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.