ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB IX - DARIHAL PERTUDUHAN



Seksyen 86. Pertuduhan berasingan bagi kesalahan berlainan.

Bagi tiap-tiap kesalahan berlainan yang atasnya mana-mana orang dituduh, hendaklah terdapat pertuduhan yang berasingan, dan tiap-tiap pertuduhan itu hendaklah dibicarakan secara berasingan, kecuali dalam hal-hal yang disebutkan dalam seksyen 87, 88, 89 dan 93.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.