ENAKMEN 3 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN MAHKAMAH SYARIAH 1982

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 5. Pemakaian.

(1) Kecuali sebagaimana diperuntukan dengan nyata sebaliknya, Enakmen ini hendaklah dipakai bagi semua orang-orang Islam yang bermukim dalam Negeri ini dan bagi orang-orang Islam yang bermastautin di dalam Negeri ini tetapi bermukim di tempat lain.

(2) Bagi maksud Enakmen ini, seseorang yang bermukim tetap dalam Negeri ini hendaklah disifatkan sebagai bermastautin dalam Negeri ini sehingga dibuktikan sebaliknya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.