ENAKMEN 5 TAHUN 1984
ENAKMEN ACARA SIVIL SYARIAH 1984

BAHAGIAN XXXV - PERUNTUKAN AM



Seksyen 259. Tak berperaturan.

(1) Ketidakpatuhan dengan mana-mana seksyen atau amalan aturcara yang berkuatkuasa tidak boleh membatalkan prosiding itu kecuali Mahkamah memerintah sedemikian, tetapi Mahkamah boleh atas kehendaknya atau atas permohonan mana-mana pihak mengenepikan mana-mana pembicaraan sepenuhnya atau sebahagiannya sebagai tak berperaturan atau memerintah pindaan ke atasnya atas terma-terma yang difikirkan patut.

(2) Tiap-tiap permohonan di bawah seksyen ini boleh ditolak kecuali jika dibuat dalam tempoh yang munasabah dan sebelum pemohon mengambil langkah-langkah dalam pembicaraan dengan mengetahui akan kehendak berperaturan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.