ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN IV
ACARA DALAM PERBICARAAN JENAYAH



Seksyen 79. Izin mendakwa.

(1) Mahkamah tidak boleh mengambil ketahui mana-mana kesalahan yang diseksa di bawah seksyen 167, 168, 169, 170, 171, 172, 173, 176 dan 177 dalam Enakmen ini kecuali terlebih dahulu dengan izin daripada Yang Dipertua.

(2) Tiada izin yang serupa ini boleh berkuatkuasa melainkan tindakan diambil ke atasnya dalam tempoh satu bulan ianya diberi.

(3) Walaupun izin Yang Dipertua itu telah tidak diperolehi, seseorang yang dipertuduhkan atas kesalahan itu boleh ditangkap atau suatu waran untuk menangkapnya boleh dikeluar dan dilaksanakan. Orang itu boleh ditahan dalam jagaan atau dilepaskan dengan jaminan, tetapi kes itu tidak boleh didakwa selanjutnya sehingga izin itu telah diperolehi.

(4) Jika seseorang dibawa ke hadapan suatu Mahkamah sebelum Yang Dipertua telah mengizinkan pendakwaan itu, pertuduhan itu hendaklah dihuraikan kepadanya tetapi ia tidak boleh diminta memberi jawapan, dan undang-undang yang pada masa itu berkuatkuasa berhubungan dengan acara jenayah hendaklah diubahsuai dengan sewajarnya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.