ENAKMEN 3 TAHUN 1989
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1988

BAHAGIAN III - MAKLUMAT KEPADA PENYELIA AGAMA DAN KUASA-KUASA MEREKA MENYIASAT
Bab VI



Seksyen 55. Penerimaan salinan maklumat yang diakui sah sebagai keterangan.

Dalam mana-mana perbicaraan di bawah Enakmen ini, suatu salinan catatan berhubung dengan sesuatu maklumat yang dituliskan di bawah seksyen 53 atau seksyen 54 dan yang disebutkan sebagai disahkan sebagai salinan yang sebenar oleh seorang Penyelia Agama hendaklah diterima sebagai keterangan mengenai kandungan salinan asal itu dan mengenai waktu, tempat dan cara bagaimana maklumat itu telah direkodkan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.