ENAKMEN 15 TAHUN 1992
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1992

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI, ANAK DAN LAIN-LAIN



Seksyen 83. Kuasa Mahkamah untuk membuat suatu perintah tahanan pendapatan-tenaga.

(1) Walau apapun peruntukan-peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, Mahkamah, atas permohonan orang yang mengenainya perintah nafkah itu dibuat atau penjaga oleh tersebut, boleh membuat suatu perintah tahanan pendapatan-tenaga, jika Mahkamah itu fikirkan patut berbuat sedemikian.

(2) Suatu permohonan bagi suatu perintah tahanan pendapatan-tenaga bolehlah dibuat dalam perbicaraan di mana suatu perintah nafkah dipohon atau dalam mana-mana perbicaraan kemudiannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.