ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KANUN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH SELANGOR 1991
BAHAGIAN V - RAYUAN DAN MURAJA'AH
BAB XVIII - MURAJA'AH
Seksyen 167. Kebenaran untuk pihak hadir.
Mana-mana pihak tidak mempunyai hak untuk didengar sama ada secara persendirian atau melalui Peguam Syarienya di hadapan Mahkamah Tinggi Syariah sewaktu menjalankan kuasa
muraja'ahnya
:
Dengan syarat bahawa Mahkamah Tinggi Syariah boleh, jika difikirkan patut, apabila menjalankan kuasa itu mendengar mana-mana pihak, sama ada secara persendirian atau melalui Peguam Syarienya dan tiada apa pun di dalam seksyen ini boleh disifatkan menyentuh subseksyen (2) seksyen 166.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.