ENAKMEN 9 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL SYARIAH 1993

BAHAGIAN IX - BAYARAN KEPADA MAKHKAMAH



Seksyen 61. Bayaran masuk.

(1) Defendan boleh membayar wang kepada Mahkamah bagi menjelaskan tuntutan atau mana-mana bahagiannya dan boleh juga membayar sejumlah wang berkenaan dengan kos.

(2) Defendan hendaklah memberi notis kepada plaintiff mengenai bayaran masuk dan sekiranya bayaran masuk itu kurang daripada jumlah yang dituntut notis itu hendaklah menyatakan untuk apa bayaran itu dibuat.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.