ENAKMEN 11 TAHUN 1981
ENAKMEN KAWALAN DAN SEKATAN PENGEMBANGAN UGAMA BUKAN ISLAM 1981


Seksyen 13. Kuasa untuk memerintah saksi-saksi hadir

(1) Pegawai bertauliah yang membuat penyiasatan di bawah seksyen 12 boleh dengan perintah secara bertulis memerintah mana-mana orang yang pada pendapatnya tahu akan hal-hal yang berkaitan dengan kes itu supaya hadir di hadapannya, orang itu hendaklah hadir sebagaimana dikehendaki itu.

(2) Jika mana-mana orang yang dikenakan perintah di bawah seksyenkecil (1) mungkir hadir sebagaimana dikehendaki oleh perintah itu, pegawai bertauliah itu boleh melaporkan kemunkiran itu kepada seorang Majisteret yang boleh sesudah menerima laporan itu mengeluarkan sesuatu waran untuk mendapatkan kehadiran orang itu sebagaimana dikehendaki oleh perintah itu.

(3) Seseorang yang hadir sebagaimana diperintah di bawah seksyenkecil (1) adalah berhak dibayar belanja perjalanan dan sara hidup yang berpatutan yang ditanggung olehnya.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.