ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN IV - NIKAH, CERAI DAN RUJUK



Seksyen 77. Aduan atas nikah yang tidak sah.


(1) Seseorang itu boleh membuat pengaduan dengan bertulis kepada Mahkamah Kadi berkenaan dengan sesuatu nikah sama ada dengan ketahui sendirinya atau mengikut maklumat yang difikirkannya manasabah, yang tidak sah mengikut Hukum Syara'.

(2) Apabila menerima pengaduan di bawah seksyen-kecil (1), maka Mahkamah hendaklah menjalankan penyiasatannya.

(3) Untuk menjalankan penyiasatan di bawah seksyen-kecil (2), Mahkamah Kadi itu hendaklah mempunyai semua kuasa Mahkamah sebagaimana membicarakan sesuatu kes. Tanggongan membuktikan bahawa nikah itu adalah sah hendaklah terpulang kepada pihak-pihak yang mendakwa mereka berkahwin.

(4) Jika Mahkamah berpendapat selepas menjalankan penyiasatan itu, bahawa nikah itu adalah tidak sah mengikut Hukum Syara' maka Mahkamah itu hendaklah mengisyitiharkan yang nikah itu tidak sah dan dibatalkan. Jika surat nikah sudah dikeluarkan Mahkamah hendaklah memerintahkan bagi surat itu diserahkan ke Mahkamah untuk dimansuhkan dan nikah itu dibatalkan. Pembatalan ini hendaklah didaftarkan dan nikah itu hendaklah disifatkan sebagai tidak berlaku.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.