ENAKMEN 2 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN I - PERKAITAN
BAB 1 - PERMULAAN



Seksyen 3. Tafsiran.

(1) Dalam Enakmen ini melainkan jika konteknya menghendaki makna yang lain:

"baligh" ialah seorang yang cukup umur mengikut Hukum Syarak;

"bayyinah" ertinya keterangan yang membuktikan sesuatu hak atau kepentingan termasuk qarinah;

"dibuktikan" sesuatu nyataan adalah "dibuktikan" apabila setelah menimbangkan perkara-perkara di hadapannya, Mahkamah percaya nyataan itu wujud atau berpendapat wujudnya nyataan itu adalah sebegitu mungkin bahawa seseorang yang waras, dalam hal keadaan yang berkenaan itu seharusnya bertindak atas anggapan bahawa nyataan itu adalah wujud;

"dibuktikan sebaliknya" sesuatu nyataan adalah dikatakan "dibuktikan sebaliknya" apabila, setelah menimbangkan perkara-perkara di hadapannya, Mahkamah percaya nyataan itu tidak wujud atau berpendapat tidak wujudnya nyataan itu adalah sebegitu mungkin bahawa seseorang yang waras dalam hal keadaan yang berkenaan itu seharusnya bertindak atas anggapan bahawa nyataan itu adalah tidak wujud;

"Hukum Syarak" ertinya Undang-Undang Islam dalam mana-mana Mazhab yang sah;

"keterangan" adalah termasuk-

"Mahkamah" ertinya Mahkamah yang ditubuhkan menurut Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1982 [Enakmen 3/82.].

"nyataan" ertinya dan termasuklah-


MISALAN

"nyataan yang menjadi soal" ertinya mana-mana nyataan dari mana dengan sendirinya atau berhubung dengan lain-lain nyataan, wujud atau tidak wujud, jenis atau luasnya apa-apa hak, atau tanggungan yang ditegaskan atau dinafikan dalam sesuatu guaman atau pembicaraan, semestinya ternyata.

MISALAN

"qarinah" ertinya nyataan yang ada hubungan dengan nyataan yang lain dengan apa-apa cara yang disebutkan dalam Hukum Syarak atau yang dihuraikan dalam Enakmen ini;

"shahadah" ertinya keterangan yang bersifat benar di Mahkamah dengan menggunakan lafaz "ashhadu" untuk mensabitkan hak atau kepentingan seseorang ke atas seorang lain, apabila sabit ia mengikat Hakim;

"suratan" ertinya apa-apa yang dinyatakan atau diterangkan atas apa-apa benda dengan cara menggunakan huruf, angka atau tanda atau sesuatu atau lebih dari sesuatu cara itu yang bertujuan digunakan atau yang mungkin digunakan untuk merekodkan hal itu;

MISALAN

(2) Bagi mengelakkan keraguan tentang identiti perkataan atau perbahasaan yang digunakan dalam Enakmen ini yang disenaraikan dalam Jadual, rujukan bolehlah dibuat kepada skrip Bahasa Arab perkataan-perkataan dan perbahasan itu yang ditunjukkan bersetentangan dengannya dalam Jadual itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.