ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN IV - NIKAH, CERAI DAN RUJUK



Seksyen 67. Cerai dengan talak.


(1) Seorang suami boleh menceraikan isterinya mengikut Hukum Syara' dengan syarat tiap-tiap penceraian itu hendaklah didaftarkan dan si suami itu hendaklah mengisi borang-borang yang tertentu dan hendaklah borang-borang itu disampaikan kepada Kadi dalam tempoh lima belas hari dari tarikh penceraian itu.

(2) Apabila diterima borang-borang daripada seorang suami yang hendak atau yang telah menceraikan isterinya maka Pendaftar dengan tujuan melaksanakan perdamaian, hendaklah menyiasat si pemohon dan isterinya.

(3) Tiap-tiap suami dan isteri yang hendak bercerai bolehlah kedua-duanya menghadirkan diri di hadapan Pendaftar di kawasan mereka tinggal. Sekiranya isterinya pada masa itu berada di luar kawasan atau di lain Negeri, maka hendaklah Pendaftar berhubung dengan si isteri itu sama ada melalui Pendaftar di luar kawasan atau Kadi di lain Negeri itu.

(4) Sekiranya suami isteri itu tidak dapat didamaikan lagi, maka perceraian itu hendaklah diperbuat mengikut seksyen-kecil (1);

Dengan syarat segala hak-hak di antara suami isteri itu hendaklah ditentukan terlebih dahulu dengan persetujuan di antara dua belah pihak itu di hadapan Pendaftar.

(5) Apabila perceraian dibuat mengikut seksyen-kecil (4), si suami itu hendaklah memberi wang pendahuluan (advance) kepada Pendaftar itu tidak kurang daripada satu bulan perbelanjaan melainkan perceraian itu tidak mewajibkan si suami memberi nafkah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.