ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991
BAHAGIAN XXVII - KUASA HAKIM DAN PENDAFTAR
Seksyen 197. Kuasa.
Dalam mana-mana Mahkamah, Pendaftar dalam kamar boleh-
(a)
menangguh mana-mana prosiding;
(b)
menetapkan tarikh pembicaraan mana-mana pembicaraan;
(c)
mendengar dan menentukan mana-mana permohonan untuk waran tuntutan sewa;
(d)
mentadbirkan ikrar untuk affidavit dan menyelenggarakan bond;
(e)
apabila cagaran diperintahkan diberi menentukan supaya ianya mencukupi dan memerlukan supaya penjamin membuktikannya;
(f)
dengan izin semua pihak memerintahkan penyatuan mana-mana prosiding; dan
(g)
menjalankan apa-apa tugas lain yang diperuntukkan di bawah Enakmen ini.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.