ENAKMEN 2 TAHUN 1984
ENAKMEN ATURCARA MAL ISLAM 1979

BAHAGIAN III - PIHAK-PIHAK



Seksyen 10. Perintah perwakilan.

Di mana ramai orang mempunyai kepentingan yang sama dalam mana-mana perbicaraan, Mahkamah boleh pada bila-bila masa memberi kuasa kepada salah seorang atau lebih dari mereka untuk bertindak bagi pihak semua orang itu, sama ada dinamakan sebagai pihak-pihak atau tidak:

Dengan syarat tidak seorang boleh terikat oleh mana-mana perintah kecuali-

Dengan syarat seterusnya bahawa jika orang-orang itu terlalu ramai atau sukar ditentukan Mahkamah boleh mengarahkan penyerahan perintah itu dengan suatu cara yang difikirkan sesuai.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.