ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN IV
ACARA DALAM PERBICARAAN JENAYAH



Seksyen 81. Kuasa menyiasat dan menangkap tanpa waran dan waran geledah.

(1) Pemeriksa Halehwal Igama, Pegawai Polis, Penghulu, Naib Penghulu, Ketua Kampung atau mana-mana Pegawai Igama atau mana-mana Pegawai Kebajikan Masyarakat yang dilantik oleh Yang Dipertua dengan bertulis boleh menangkap tanpa waran:

(2) Kadi setelah berpuashati di atas maklumat dengan bersumpah dan selepas siasatan yangmana difikirkannya patut atas sebab yang boleh dipercayai bahawa kesalahan di bawah Enakmen ini dilakukan atau akan dilakukan di mana-mana tempat atau premis, boleh dengan waran memberikuasa kepada pegawai polis yang berpangkat Inspektor ke atas atau Pemeriksa Halehwal Igama atau mana-mana pegawai yang dinamakan di dalamnya, dengan apa bantuan yang difikirkannya perlu bagi waktu malam atau waktu siang untuk memasuki atau pergi ke tempat premis itu dan memeriksa tempat itu dan menangkap sesiapa yang melakukan kesalahan yang tersebut di dalamnya atau dekat dengan tempat itu.

(3) Sesiapa yang memberi maklumat bertulis dengan bersumpah membuat suatu kenyataan yang ianya mengetahui atau mempercayai adalah palsu atau mempercayai tidak benar adalah melakukan suatu kesalahan dan jika sabit kesalahan itu boleh dihukum penjara tidak lebih daripada enam bulan.

(4) Waran geledah di bawah seksyen ini hanya sah dalam tempoh 7 hari mulai daripada tarikh ianya dikeluarkan.

(5) Peruntukan seksyen-kecil (1) (
a) dan (b) seksyen ini hendaklah dipakai mutatis mutandis mengenai sesiapa yang ditangkap di bawah seksyen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.