ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB 8 - HUKUMAN DAN PELAKSANAAN



Seksyen 127. Permulaan hukuman penjara ke atas pesalah yang sedang menjalani pemenjaraan.

(1) Apabila seorang yang sedang menjalani hukuman penjara dikenakan hukuman penjara, hukuman penjara itu hendaklah bermula sama ada dari tarikh hukuman itu pada penamatan hukuman penjara yang mana dia telah dihukumkan terlebih dahulu, sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkmah yang menjatuhkan hukuman itu.

(2) Tiada apa-apa dalam subseksyen (1) boleh dianggap sebagai melepaskan mana-mana orang dari mana-mana bahagian hukuman yang dikenakan ke atasnya, atau kerana sabitannya yang dahulu atau kemudian.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.