Tr. P.U. 4/2002
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (HUDUD DAN QISAS) TERENGGANU 1423H/2002M
BAHAGIAN III
Seksyen 9. Kesalahan Yang Dikira Kesalahan Qazaf.
(1) Seseorang yang menuduh dirinya dirogol oleh orang tertentu dengan tidak mengemukakan bukti (nyata) yang dikehendak oleh
Syarak
berkaitan dengannya atau dengan tiada sebarang
qarinah
bagi menyokong tuduhannya itu telah melakukan kesalahan
qazaf
.
(2) Aduan oleh seorang perempuan yang dia dirogol oleh orang tertentu tanpa berupaya membawa saksi yang disyaratkan tetapi ada
qarinahnya
, hendaklah disiasat dan jika syarat-syarat yang dikehendaki
Syarat
tidak dipenuhi untuk menghukum pesalah di bawah hukuman
hudud
dan sebaliknya ada cukup bukti yang tidak boleh disangkalkan dengan keterangan sama ada secara langsung atau tidak langsung yang menunjukkan pesalah telah melakukan persetubuhan ke atasnya dengan kekerasan dan tanpa kerelaannya maka pesalah itu hendaklah dihukum dengan hukuman
takzir
dan perempuan itu tidak boleh dikatakan telah melakukan
qazaf.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.