ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN IV - PROSIDING PENDAKWAAN
BAB XIV
Darihal Hukuman dan Menjalankannya



Seksyen 127. Mula berkuatkuasa hukuman penjara di atas pesalah yang telah sedia menjalani hukuman penjara.

(1) Apabila seorang itu adalah seorang pesalah yang sedang menjalani hukuman penjara, hukuman penjara itu hendaklah bermula dari tarikh hukuman itu atau bila berakhirnya hukuman penjara di mana dia telah dihukum terlebih dahulu, sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah yang menjatuhkan hukuman itu.

(2) Tiada apa-apa jua dalam subseksyen yang dahulu boleh dianggap sebagai melepaskan mana-mana orang, daripada mana-mana bahagian hukuman, yang dikenakan ke atasnya kerana sabitannya yang dahulu atau kemudian.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.