ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986
BAHAGIAN II - PERLANTIKAN PEGAWAI-PEGAWAI DAN PENUBUHAN MAJLIS
Seksyen 7. Pembatalan Perlantikan.
(1) Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh membatal
kan perlantikan mana-mana ahli Majlis-
(a)
jika di atas apa apa sebab dia tidak dapat menjalankan kewajipan-kewajipan jawatannya dengan betul; atau
(b)
jika dia, dengan tiada apa-apa sebab yang munasabah yang diluluskan oleh Yang Di-pertua, tidak menghadiri persidangan Majlis selama tiga kali berturut-turut.
(2) Walau apa pun peruntukan di dalam subseksyen (1), Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh, di atas budi-bicaranya, membatalkan perlantikan mana-mana ahli Majlis.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.