ENAKMEN 13 TAHUN 1993
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1993

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 8 - PEMERIKSAAN SAKSI



Seksyen 101. Mahkamah memutuskan bila soalan boleh ditanya dan bila saksi boleh dipaksa menjawab.

(1) Jika sesuatu soalan adalah berhubungan dengan sesuatu perkara yang tidak relevan dengan guaman atau prosiding itu, kecuali setakat mana yang menyentuh kebolehpercayaan saksi itu dengan mencemarkan wataknya, maka Mahkamah hendaklah memutuskan sama ada saksi itu boleh dipaksa menjawab soalan itu atau tidak, dan Mahkamah boleh, sekiranya difikirkannya tidak patut memaksa saksi itu menjawab soalan itu, memperingatkan saksi itu bahawa dia tidak terpaksa menjawabnya.

(2) Pada menjalankan budibicaranya, Mahkamah hendaklah memberi perhatian atas perkara-perkara yang berikut:




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.