ENAKMEN 7 TAHUN 2004
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 2004
BAHAGIAN VI - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB 1 - DARIHAL RAYUAN KEPADA MAHKAMAH TINGGI SYARIAH
Seksyen 136. Apabila akuan bersalah menghadkan hak rayuan
Apabila seseorang tertuduh telah mengaku salah dan disabitkan oleh Hakim atas akuan itu, maka tiada rayuan boleh dibuat kecuali tentang takat atau keesahan hukuman itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.