ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN IV - PELBAGAI



Seksyen 30. Sebutan perkataan "Kadi", "Kadi Besar", "Mahkamah Kadi" dan "Mahkamah Rayuan" dalam undang-undang bertulis lain.

Jika apa-apa sebutan dibuat dalam undang-undang bertulis lain kepada perkataan "Kadi", "Kadi Besar", "Mahkamah Kadi" dan "Mahkamah Rayuan", maka, melainkan pengertian dalam konteksnya tak konsisten atau melainkan dinyatakan selainnya secara khususnya, perkataan-perkataan tersebut hendaklah masing-masingnya dibaca sebagai "Hakim Mahkamah Rendah Syariah", "Ketua Hakim Syarie", "Mahkamah Rendah Syariah" dan "Mahkamah Rayuan Syariah".




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.