ENAKMEN 9 TAHUN 2002
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 2002

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 3 - PEMERIKSAAN SAKSI



Seksyen 92. Susunan pemeriksaan dan arahan mengenai pemeriksaan semula.

(1) Saksi-saksi hendaklah mula-mulanya diperiksa secara utama, kemudiannya, diperiksa balas jika dikehendaki sedemikian oleh pihak menentang, kemudiannya pula, diperiksa semula jika dikehendaki sedemikian oleh pihak yang telah memanggil mereka.

(2) Pemeriksaan dan pemeriksaan balas mestilah berhubungan dengan fakta relevan, tetapi pemeriksaan balas tidak perlu dihadkan kepada fakta yang telah diberikan sebagai keterangan oleh saksi itu dalam pemeriksaan utamanya.

(3) Pemeriksaan semula hendaklah tertumpu kepada penghuraian perkara yang disebut dalam pemeriksaan balas; dan jika, dengan kebenaran Mahkamah, perkara baru dikemukakan dalam pemeriksaan semula, maka pihak menentang boleh selanjutnya memeriksa balas atas perkara itu.

(4) Mahkamah boleh dalam segala hal membenarkan seseorang saksi dipanggil semula sama ada untuk pemeriksaan utama selanjutnya atau untuk pemeriksaan balas selanjutnya, dan jika Mahkamah membenarkan sedemikian, maka pihak-pihak mempunyai hak masing-masing untuk membuat pemeriksaan balas selanjutnya dan pemeriksaan semula selanjutnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.