ENAKMEN 2 TAHUN 1984
ENAKMEN ATURCARA MAL ISLAM 1979

BAHAGIAN XXI - SAMAN SI BERHUTANG HUKUMAN, WARAN TANGKAP DAN SEBAGAINYA



Seksyen 168. Deposit sebelum perintah memenjara.

(1) Sebelum mana-mana perintah memenjara itu dilaksanakan, si piutang-hukuman hendaklah mendeposit dengan belif sejumlah wang yang cukup untuk menampung saraan si berhutang-hukuman itu selama 14 hari, atau bagi tempoh ianya dipenjarakan sekiranya kurang dari 14 hari, atas kadar bayaran yang ditetapkan oleh Menteri.

(2) Apabila si berhutang-hukuman itu ditahan di dalam penjara bagi tempoh lebih daripada 14 hari si piutang-hukuman hendaklah, pada atau sebelum habisnya 14 hari itu, mendeposit dengan belif suatu amaun tambahan bagi saraan si berhutang-hukuman selama 14 hari berikutnya, dan hendaklah terus membuat deposit yang demikian sebagai pendahuluan pada atau sebelum tamatnya tiap-tiap tempoh 14 hari berikutnya, selagi si berhutang-hukuman itu ditahan dalam penjara.

(3) Seorang yang dipenjara hendaklah dibebaskan serta-merta apabila pembayaran amaun yang tersebut dalam waran memenjara dijelaskan. Perintah pembebasan itu hendaklah dibuat dalam borang yang ditetapkan.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.