ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN IX - KESALAHAN



Seksyen 153. Laporan Palsu kepada Pendaftar.


Sesiapa dengan sengajanya memberi kepada Pendaftar secara lisan atau bertulis apa-apa pernyataan atau pengakuan yang palsu berkaitan dengan perkahwinan, perceraian atau rujuknya atau mana-mana perkara yang dikehendaki dicatatkan atau didaftarkan oleh Pendaftar itu mengikut peruntukan-peruntukan Enakmen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila sabit bolehlah dihukum dengan didenda tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau penjara tidak lebih daripada tiga bulan atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.