ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN VIII - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 145. Menjual dan membeli makanan atau minuman dalam bulan Ramadan.

(1) Barangsiapa pada waktu siang hari di dalam bulan Ramadan membeli makanan atau minuman kerana hendak dimakan atau diminum pada waktu itu, atau menjual atau memberi kepada orang yang berigama Islam makanan atau minuman kerana hendak dimakan atau diminum pada waktu itu adalah melakukan kesalahan yang boleh dihukum denda tidak lebih daripada satu ratus ringgit atau penjara selama tidak lebih daripada lima belas hari dan pada kesalahan yang kedua atau berikutnya dengan denda tidak lebih daripada dua ratus lima puluh ringgit atau penjara selama tidak lebih daripada satu bulan atau kedua-duanya sekali.

(2) Barangsiapa yang tiada harus pada Hukum Syarak berbuka puasa didapati makan atau minum atau menghisap sebarang tembakau atau seumpamanya pada siang hari dalam bulan Ramadan adalah melakukan kesalahan yang boleh dihukum denda tidak lebih daripada satu ratus ringgit atau penjara selama tidak lebih daripada lima belas hari dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya denda tidak lebih daripada dua ratus lima puluh ringgit atau penjara selama tidak lebih daripada satu bulan atau kedua-duanya sekali.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.