ENAKMEN 6 TAHUN 1985
ENAKMEN PENTADBIRAN MAHKAMAH SYARIAH 1985
BAHAGIAN III - BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH
Seksyen 13. Kuasa Pemeriksa Agama.
Pemeriksa Agama hendaklah:
(a) menerima maklumat mengenai berlakunya sesuatu kesalahan dan membuat apa-apa penyiasatan yang perlu;
(b) jika dibenarkan oleh mana-mana undang-undang bertulis memeriksa atau menangkap mana-mana orang yang melakukan kesalahan atau disyaki melakukan kesalahan;
(c) menghendaki kehadiran dan menyoal saksi yang berkaitan dengan penyiasatan;
(d) mengikat bon bagi kehadiran mana-mana orang yang ditangkap; dan
(e) menjalankan lain-lain kuasa dan tugas sebagaimana ditetapkan oleh mana-mana undang-undang bertulis.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.