ENAKMEN 20 TAHUN 2003
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI JOHOR) 2003
BAHAGIAN VI - PENYAMPAIAN
BAB 1 - PENYAMPAIAN DALAM BIDANG KUASA
Seksyen 51. Mengeluarkan waran sebagai ganti atau tambahan kepada saman
Mahkamah boleh, dalam mana-mana hal yang Mahkamah berkuasa mengeluarkan saman bagi kehadiran mana-mana orang, setelah merekodkan alasannya, mengeluarkan waran untuk menangkapnya jika -
(a)
sama ada sebelum atau selepas saman dikeluarkan tetapi sebelum masa yang ditetapkan bagi kehadirannya, Mahkamah berpendapat ada alasan untuk mempercayai bahawa dia telah melarikan diri atau tidak akan mematuhi saman itu; atau
(b)
pada masa itu dia tidak hadir dan saman itu dibuktikan telah disampaikan dengan sempurna dalam masa yang mencukupi bagi memastikan kehadirannya mengikut saman itu dan tiada alasan munasabah diberikan bagi ketakhadiran itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.