ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 8 - Pemeriksaan Saksi



Seksyen 112. Memperingatkan semula.

(1) Seseorang saksi boleh semasa dalam pemeriksaan memperingatkan semula dengan merujuk kepada apa-apa tulisan yang telah dibuat olehnya sendiri pada masa urusan yang mengenainya dia disoal, atau selepas sahaja daripadanya hingga difikirkan mungkin oleh mahkamah bahawa urusan itu masih pada masa itu jelas dalam ingatannya.

(2) Saksi itu boleh juga merujuk kepada mana-mana tulisan yang telah dibuat oleh seseorang lain dan telah dibaca oleh saksi itu dalam masa tersebut dulu, jika, apabila dibacanya, dia tahu tulisan itu betul.

(3) Apabila saksi itu boleh memperingatkan semula dengan merujuk kepada sesuatu dokumen dia boleh, dengan kebenaran mahkamah, merujuk kepada salinan dokumen itu:

Dengan syarat mahkamah berpuas hati bahawa ada sebab-sebab yang cukup mengapa dokumen asalnya tidak dikemukakan.

(4) Seseorang pakar boleh memperingatkan semula dengan merujuk kepada buku-buku rujukan.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.