ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN V - RAYUAN DAN MURAJA'AH
BAB XVII - RAYUAN KE MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH



Seksyen 154. Rayuan selepas tamat tempoh dan kecacatan tentang peraturan.

Mahkamah Rayuan Syariah boleh, mengikut budibicaranya atas permohonan mana-mana orang yang ingin merayu yang dihalang daripada berbuat demikian atas alasan ia tidak menurut mana-mana peraturan atau keperluan Enakmen ini, membenarkan rayuan dengan terma dan dengan memberi arahan yang dipandang perlu supaya keadilan sepenuhnya dapat dilaksanakan dalam perkara itu, dan boleh untuk tujuan tersebut memanjangkan apa-apa tempoh masa yang dinyatakan di dalam seksyen 149 atau 151.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.