ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 7 - Saksi



Seksyen 87. Cara memberi keterangan.

(1) (a) Dalam kes mal keterangan hendaklah diberi oleh pihak yang menuntut dan pihak kena tuntut yang engkar adalah berhak memberi keterangan sebaliknya.
(2) Dalam kes jenayah, kecuali pihak yang dituduh mengaku salah, keterangan hendaklah diberi bagi pihak pendakwa dan jika mahkamah mendapati ada kes mahkamah hendaklah meminta pihak yang dituduh memberi keterangan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.