ENAKMEN 5 TAHUN 1984
ENAKMEN ACARA SIVIL SYARIAH 1984

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 2. Tafsiran.

(1) Dalam Enakmen ini, melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki makna yang lain:

"belif" termasuklah mana-mana kerani, penterjemah, penghantar saman atau mana-mana pegawai Mahkamah yang menjalankan tugas belif;

"kanak-kanak belum cukup umur" ertinya kanak-kanak di bawah umur 18 tahun;

"lien" ertinya hak ke atas harta kepunyaan penghutang setakat amaun yang terhutang;

"Mahkamah" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya dalam Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1982 [3/82];

"notis" ertinya notis bertulis melainkan Mahkamah dalam perkara lain memerintahkan sebaliknya;

"peguam" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya dalam Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1982 [3/82];

"Pendaftar" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya dalam Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1982 [3/82];

"prosiding" termasuklah permohonan dan tuntutan;

"Qadhi" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya dalam Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1982 [3/82];

"Qadhi Besar" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya dalam Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1982 [3/82];

"terjemahan yang diperakukan" ertinya terjemahan sesuatu dokumen yang diperakukan betul oleh Mahkamah;




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.